Tuesday 29 December 2015

Minggu Ketujuh - Konsep Media Pengajaran

Konsep Media Pengajaran
Media pengajaran ialah guru menyampaikan mesej melalui satu meduim kepada pelajar

Jenis-Jenis Media Pengajaran
Media  pengajaran terbahagi kepada dua :

  • Media cetak
  • Media Bukan cetak
Klasifikasi Media
  1. Media tayang kaku
  2. media tayang bergerak
  3. bahan grafik
  4. Gambar kaku gambar'
  5. Bahan pameran tiga dimensi
  6. papan paparan/pameran
  7. Media audio
  8. Media cetak

Minggu Keenam- Siapkan Tugasan

Minggu ni, minggu yang amat busy buat semua pensyarah dan pelajar kerana ada majlis konvokesyen. Jadi minggu ini Cik Wan suruh kami siapakan tugasan yang diberi. Tugasannya ialah lukis kartun, lepastu scan, lepastu warnakan, lepastu masukkan audio. okey tu sajeee...

Minggu Kelima - Pengenalan Adobe Photoshope

Pengenalan

- Adobe Photoshop merupakan sebuah perisian grafik yang membolehkan sesuatu imej, gambar, atau bahan visual dihasil atau diubahsuai mengikut kesesuaian pengguna. Ianya merupakan peirisian yang popular dikalangan pereka grafik.

Kegunaan Adobe Photoshop

- Adobe Photoshop boleh digunakan dalam banyak keadaan seperti bidang pncetakan, pembangunan perisian multimedia dan laman web
- Kemudahan yang disediakan dalam Adobe Photoshop  :

     Antara Muka Perisian Multimedia
      - Sesuatu perisian multimedia yang dibangunkan haruslah mempunyai rupa bentuk dari aspek                antaramuka grafik.
      - Ini bertujuan untuk memberi kesan dan nmenarik perhatian pengguna
      - Disamping itu, membolehkan pengguna dapat berinteraksi dengan komputer

     Sistem Navigasi
        Adobe Photoshop membolehkan merekabentuk pelbagai butang navigasi seperti ikon, butang,             menu  dan sebagainya

     Antara Muka Laman Web
        Laman web merupakan saluran komunikasi dan penyaluran maklumat

     Fotogarfi Digital
        Sesuatu gambar foto digital boleh diubahsuai dari pelbagai aspek mengikut keperluan pengguna,        Aspek percahayaan dan warna memainkan peranan penting dalam dunia fotografi

     Pengubahsuaian Dan Manipulasi Imej
        Sesuatu imeh boleh diubahsuai serta dimanipulasi sehingga membentuk satu paparan visual baru         yang kelihatan menarik serta dramatik.

      Teks Pelbagai Bentuk
          Turut menyediakan pelbagai kemudahan yang membolehkan teks dengan pelbagau bentuk, saiz           dan style dihasilkan.

- Perisian Adobe Photoshop dibahagikan kepada beberapa bahagian yang utama iaitu Bar Tajuk, Toolbox, Bar menu, Bar pilihan dan tetingkap Palet

Minggu keempat - Pengajaran dan Pembelajaran Teknologi Pendidikan


Definisi Pembelajaran
Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku akibat daripada interkasi dengan persekitaran

Definisi Pengajaran
Pengajaran adalah pemilihan kaedah atau strategi untuk menyusun maklumnat, aktiviti, pendekatan dan media untuk membantu pelajar mencapai objektif yang telah ditetapkan

REKABENTUK PENGAJARAN

Definisi rekabentuk pengajaran
Rekabentuk pengajaran ialah proses sistematik yang mana elemen-elemen seperti  guru, pelajar, media, bahan pengajaran dan persekitaran diberikan penekanan dan peranan tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Model Reka Bentuk Instruksional
Kebanyakkan model reka bentuk pengajaran berasal dari sektor industri, pendidikan dan ketenteraan. Walaupun diakui bahawa model reka bentuk pengajaran adalah penting dalam pendidikan, pendidik keliru tentang model yang akan digunakan kerana terdapat beberapa model yang mempunyai asas teori yang lemah dan ada pula yang tidak mempunyai asas teori

Model ADDIE
Model ADDIE adalah singkatan yang merujuk kepada proses utama reka bentuk instruksional yang terdiri daripada proses generik :
A-Analisis
D- Design ( Reka Bentuk )
D-Develop ( Pembangunan )
I-Implemention ( Pelaksanaan )
E- Evalution ( Penilaian )

Saturday 28 November 2015

Minggu Ketiga - Pembinaan Media Pengajaran Berasaskan Multimedia Di Kalangan Guru ICTL

Assalamualaikum

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله والصلاة والسلام  على النبي المصطفى وعلى اله وأصحابه الذين يتبعون على سبيل الهدى أما بعد

Refleksi

Minggu ketiga kami diberikan tugas secara berkumpulan. Tugasan tersebut perlu disiapkan dalam masa satu jam. Kami diberikan satu artikel yang bertajuk " Pembinaan Media Pengajaran Berasaskan Multimedia Di Kalangan Guru ICTL " dan kami diberikan enam soalan berdasarkan artikel tersebut.

Sunday 22 November 2015

Minggu kedua - Kepentingan Teknologi Pendidikan

 بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله والصلاة والسلام  على النبي المصطفى وعلى اله وأصحابه الذين يتبعون على سبيل الهدى أما بعد....

Refleksi

Minggu kedua kami diberikan tugas secara berkumpulan. Kami dikehendaki memilih satu daripada dua tajuk yang diberikan oleh Cik Wan. Kumpuan saya memilih tajuk "Kepentingan Teknologi pendidikan". Kami dikehendaki membincangkan tajuk yang diberi untuk pembentangan.

Objektif Teknologi Pendidikan
  1. Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan.
  2. Memberi Khidmat bantu kepada murid dan guru dalam penggunaan teknologi pendidikan
  3. Mencari alternatif baru teknologi pendiidkan yang sesuai
  4. Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti
Hubungan P&P dan Teknologi Pendidikan
  1. Teknologi pendidikan mencakupi sistem lain
  2. Teknologi pendidikan merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan
  3. Teknologi pendidikan memiliki tujuan yang sama pendidikan nasional
  4. Teknologi pendidikan membantu menyelesaikan masalah pembelajaran
  5. Teknologi pendidikan mengubah sistem atau pendekatan pendidikan
Kepentingan Teknologi Pendidikan Dari Perspektif Guru dan Murid

Perspektif Guru
  1. Mempelbagaikan kaedah pengajaran
  2. Memfokuskan kepada topik yang penting
  3. Memudahkan membuat bahan bantu mengajar
  4. Melicinkan proses pengajaran
  5. Membantu menganalisis konsep pembelajaran
Perspektif Murid
  1.  Meningkatkan daya ingatan pelajar
  2.  Pembelajaran yang maksimum, pada masa minimum
  3.  Memperbanyakkan pengalaman pelajar
  4. Membetulkan sebarang kekeliruan 
  5. Mengekal minat pelajar 





 



Sunday 15 November 2015

Minggu Pertama- Pengenalan Teknologi Pendidikan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله والصلاة والسلام  على النبي المصطفى وعلى اله وأصحابه الذين يتبعون على سبيل الهدى أما بعد....
Assalamualaikum.
Akhirnya saya sudah masuk ke semester empat setelah sebulan cuti semester. Walaupun dah semester empat terasa diri ini masih lagi banyak kekurangan. Rasa takut ada juga sebab subjek atau silibus yang akan belajar agak 'killer'.
Pada 8hb november 2015 yang lalu saya sudah melangkah ke semester empat. Perasaan tu ad rasa gembira, ada rasa teruja, takut dan lain-lain. sebab banyak cabaran dan tugasan yang bakal ditempuhi. Perkara pertama pada hari tersebut yang saya nak tengok ialah keputusan semester lepas saya. Alhamdulillah ada peningkatan.
Ok, subjek pertama yang saya belajar ialah teknologi pendidikan yang diajar oleh En Wan Hazani. Pada hari tersebut saya belajar pengenalan kepada teknologi pendidikan. Saya akan menerangkan secara ringkas berkaitan perkenalan teknologi pendidikan..
Konsep teknologi pendidikan ini ialah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga satu aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik kearah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Terdapat domain-domain Teknologi pendidikan. Terdapat lima domain pendidikan iaitu pengembangan, penggunaan, pengurusan, penialaian dan reka bentuk. Domain reka bentuk mengandungi reka bentuk sistem pengajaran, reka bentuk mesej, strategi pengajaran dan ciri-ciri pelajar. Domain pengembangan mengandungi teknologi cetak, teknologi pandang dengar, teknologi berasasakan komputer dan teknologi bersepadu.
Domain penggunaan pula ialah tindakan menggunakan proses, sumber dan persekitaran. Domain pengurusan mengandungi pengurusan projek, pengurusan sumber, pengurusan sistem penyampaian dan pengurusan maklumat. Domain penilaian mengandungi analisis masalah, pengukuran rujukan kriteria, penialaian formatif dan penilaian sumatif..
Terdapat ciri-ciri teknologi pendidikan yang baik antaranya ialah alat yang dapat menjelaskan idea-idea yang kabur, dan menerangkan isi pelajaran. Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar.. Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan..
Saya rasa setakat ini saja perkongsian saya untuk minggu ini. Semoga apa yang saya kongsi dapat membantu semua org untuk membuat tugasan.
Sekiam terima kasih.