Saturday 28 November 2015

Minggu Ketiga - Pembinaan Media Pengajaran Berasaskan Multimedia Di Kalangan Guru ICTL

Assalamualaikum

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله والصلاة والسلام  على النبي المصطفى وعلى اله وأصحابه الذين يتبعون على سبيل الهدى أما بعد

Refleksi

Minggu ketiga kami diberikan tugas secara berkumpulan. Tugasan tersebut perlu disiapkan dalam masa satu jam. Kami diberikan satu artikel yang bertajuk " Pembinaan Media Pengajaran Berasaskan Multimedia Di Kalangan Guru ICTL " dan kami diberikan enam soalan berdasarkan artikel tersebut.

Sunday 22 November 2015

Minggu kedua - Kepentingan Teknologi Pendidikan

 بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله والصلاة والسلام  على النبي المصطفى وعلى اله وأصحابه الذين يتبعون على سبيل الهدى أما بعد....

Refleksi

Minggu kedua kami diberikan tugas secara berkumpulan. Kami dikehendaki memilih satu daripada dua tajuk yang diberikan oleh Cik Wan. Kumpuan saya memilih tajuk "Kepentingan Teknologi pendidikan". Kami dikehendaki membincangkan tajuk yang diberi untuk pembentangan.

Objektif Teknologi Pendidikan
  1. Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan.
  2. Memberi Khidmat bantu kepada murid dan guru dalam penggunaan teknologi pendidikan
  3. Mencari alternatif baru teknologi pendiidkan yang sesuai
  4. Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti
Hubungan P&P dan Teknologi Pendidikan
  1. Teknologi pendidikan mencakupi sistem lain
  2. Teknologi pendidikan merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan
  3. Teknologi pendidikan memiliki tujuan yang sama pendidikan nasional
  4. Teknologi pendidikan membantu menyelesaikan masalah pembelajaran
  5. Teknologi pendidikan mengubah sistem atau pendekatan pendidikan
Kepentingan Teknologi Pendidikan Dari Perspektif Guru dan Murid

Perspektif Guru
  1. Mempelbagaikan kaedah pengajaran
  2. Memfokuskan kepada topik yang penting
  3. Memudahkan membuat bahan bantu mengajar
  4. Melicinkan proses pengajaran
  5. Membantu menganalisis konsep pembelajaran
Perspektif Murid
  1.  Meningkatkan daya ingatan pelajar
  2.  Pembelajaran yang maksimum, pada masa minimum
  3.  Memperbanyakkan pengalaman pelajar
  4. Membetulkan sebarang kekeliruan 
  5. Mengekal minat pelajar 





 



Sunday 15 November 2015

Minggu Pertama- Pengenalan Teknologi Pendidikan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله والصلاة والسلام  على النبي المصطفى وعلى اله وأصحابه الذين يتبعون على سبيل الهدى أما بعد....
Assalamualaikum.
Akhirnya saya sudah masuk ke semester empat setelah sebulan cuti semester. Walaupun dah semester empat terasa diri ini masih lagi banyak kekurangan. Rasa takut ada juga sebab subjek atau silibus yang akan belajar agak 'killer'.
Pada 8hb november 2015 yang lalu saya sudah melangkah ke semester empat. Perasaan tu ad rasa gembira, ada rasa teruja, takut dan lain-lain. sebab banyak cabaran dan tugasan yang bakal ditempuhi. Perkara pertama pada hari tersebut yang saya nak tengok ialah keputusan semester lepas saya. Alhamdulillah ada peningkatan.
Ok, subjek pertama yang saya belajar ialah teknologi pendidikan yang diajar oleh En Wan Hazani. Pada hari tersebut saya belajar pengenalan kepada teknologi pendidikan. Saya akan menerangkan secara ringkas berkaitan perkenalan teknologi pendidikan..
Konsep teknologi pendidikan ini ialah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga satu aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik kearah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Terdapat domain-domain Teknologi pendidikan. Terdapat lima domain pendidikan iaitu pengembangan, penggunaan, pengurusan, penialaian dan reka bentuk. Domain reka bentuk mengandungi reka bentuk sistem pengajaran, reka bentuk mesej, strategi pengajaran dan ciri-ciri pelajar. Domain pengembangan mengandungi teknologi cetak, teknologi pandang dengar, teknologi berasasakan komputer dan teknologi bersepadu.
Domain penggunaan pula ialah tindakan menggunakan proses, sumber dan persekitaran. Domain pengurusan mengandungi pengurusan projek, pengurusan sumber, pengurusan sistem penyampaian dan pengurusan maklumat. Domain penilaian mengandungi analisis masalah, pengukuran rujukan kriteria, penialaian formatif dan penilaian sumatif..
Terdapat ciri-ciri teknologi pendidikan yang baik antaranya ialah alat yang dapat menjelaskan idea-idea yang kabur, dan menerangkan isi pelajaran. Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar.. Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan..
Saya rasa setakat ini saja perkongsian saya untuk minggu ini. Semoga apa yang saya kongsi dapat membantu semua org untuk membuat tugasan.
Sekiam terima kasih.